Terlihat ada dua miss call untuk ku sepulang aku dari mesjid setelah selesai tarawih malam ini.
Aku memanggil kembali no itu. Rupanya pamggilan dari abang arwah isteriku. Dia mempelawa aku datang melihat kebun arwah isteriku . katanya buah durian sudah mula gugur. Ini lah pertama kali aku dipelawa kekebun arwah sejak kembalinya dia kerahmatullah 6 tahun yang lalu.
Aku kepingin benar dipelawa kekebun arwah setelah pemergiannya. Bukanlah hasil kebunnya yang menjadi keutammanku, tetapi keinginin arawah yang hendak menanam tanamannya yang dihasilkan dikawasan rumah kami di Felda Serting 4 apabila dia bersara kelak. Walaupun niatnya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia sebelum bersara, aku berusaha ingin menjadikan impiannya satu kenyataan. Aku telah mengangkut semua tanaman yang menjadi kesayangannya seperti Pokok pisang Nangka, Pisang mas Pisang tanduk yang baru dibelinya di Pesta pertanian di Seremban. Pokok sayuran bunga kantan ,lengkuas ,limau nipis limau kasturi dan limau purut. Bunga bunga kegemarannya bunga kertas yang tiga warna. bunga melor .
pokok pokok ini kupindah kedalam poly bag bunga2 pula ku ankut dengan pasunya kesemua ini diangkut dengan lori Felda untuk berpindah ke Johore Baru setelah aku menyerahkan kunci rumah yang kami duduki kepada En. Rahman , Pengurus Felda Serting 4 ketika itu.
Tahun demi tahun berlalu aku menantikan pelawaan dari kaum keluarga arwah setiap musim durian . Kalau ada pelawaan bukanlah aku kepinginkan memakan hasil dikebun itu, tetapi sekadar ingin menanam tananam kesayangan arwah dikebunnya sepertimana yang diinginikannya,
Sedih melihatkan tananaman yang ku letakkan dikawasan terhad dalam taman Perumahan yang aku diami kebanyakannya mati. Hanya pokok pisang nangka sahaja yang tinggal itu pun setelah ku pindahkan di luar kawasan rumah.
Syukur kehadrat Allah (swt) aku menerima pelawaan ini - Dapat lah aku menyempurnakan keingininan arwah isteriku walaupun tidak kesemuanya.
No comments:
Post a Comment