Terlihat ada dua miss call untuk ku sepulang aku dari mesjid setelah selesai tarawih malam ini.
Aku memanggil kembali no itu. Rupanya pamggilan dari abang arwah isteriku. Dia mempelawa aku datang melihat kebun arwah isteriku . katanya buah durian sudah mula gugur. Ini lah pertama kali aku dipelawa kekebun arwah sejak kembalinya dia kerahmatullah 6 tahun yang lalu.
Aku kepingin benar dipelawa kekebun arwah setelah pemergiannya. Bukanlah hasil kebunnya yang menjadi keutammanku, tetapi keinginin arawah yang hendak menanam tanamannya yang dihasilkan dikawasan rumah kami di Felda Serting 4 apabila dia bersara kelak. Walaupun niatnya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia sebelum bersara, aku berusaha ingin menjadikan impiannya satu kenyataan. Aku telah mengangkut semua tanaman yang menjadi kesayangannya seperti Pokok pisang Nangka, Pisang mas Pisang tanduk yang baru dibelinya di Pesta pertanian di Seremban. Pokok sayuran bunga kantan ,lengkuas ,limau nipis limau kasturi dan limau purut. Bunga bunga kegemarannya bunga kertas yang tiga warna. bunga melor .
pokok pokok ini kupindah kedalam poly bag bunga2 pula ku ankut dengan pasunya kesemua ini diangkut dengan lori Felda untuk berpindah ke Johore Baru setelah aku menyerahkan kunci rumah yang kami duduki kepada En. Rahman , Pengurus Felda Serting 4 ketika itu.
Tahun demi tahun berlalu aku menantikan pelawaan dari kaum keluarga arwah setiap musim durian . Kalau ada pelawaan bukanlah aku kepinginkan memakan hasil dikebun itu, tetapi sekadar ingin menanam tananam kesayangan arwah dikebunnya sepertimana yang diinginikannya,
Sedih melihatkan tananaman yang ku letakkan dikawasan terhad dalam taman Perumahan yang aku diami kebanyakannya mati. Hanya pokok pisang nangka sahaja yang tinggal itu pun setelah ku pindahkan di luar kawasan rumah.
Syukur kehadrat Allah (swt) aku menerima pelawaan ini - Dapat lah aku menyempurnakan keingininan arwah isteriku walaupun tidak kesemuanya.
Monday, 30 June 2014
Sunday, 23 February 2014
KENANGAN.
Aku banyak mengimbas kenangan semasa aku bersekolah diJohore Baru ditahun 60an dalam Facebook ku. Sdr. Mat Sahar salah seorang sahabat dan juga pegawai ku di zaman kerja semasa bekerja di Pasir Gudang meminta aku mengimbas kisah kisah semasa kami tinggal Serumah di Pasir Gudang ketika sama bujang . Memang banyak kenangan 2 manis semasa bertugas di sana. Ingin juga aku mengimbas kenangan manis semasa menjalani hidup bujang dan bekerja ditempat yang sama . Sayang nya aku masih mencari gambar photo semasa diPasir Gudang dulu. Sekiranya terjumpa lancar lah aku menyusuri jalan2 kenangan diwaktu itu.
Bagaimana pun aku akan mengusahakannya nanti.
Bagaimana pun aku akan mengusahakannya nanti.
Friday, 14 February 2014
MENCARI PENGANTI.
Aku diajukan pertanyaan Tak hendak cari penganti . Kepada yang bertanya itu ku katakan aku masih belum mahu melupakan yang telah pergi manakan bolih aku memikirkan untuk mencari penganti. Walaupun dia tiada namum dia masih hidup dalam mataku.
Keluar sahaja aku dari hospital banyak kawan kawan yang menziarahi aku bertanyakan soalan ini. Ada yang mengesyorkan orang orang yang mereka kenal untuk ku ambil menjadikan isteri. Kesemuanya ku tepis dengan alasan ku.
Memang terasa sukar menjalani hidup tanpa kehadiran isteri ditambah pula
terpaksa menjalani routin harian nya . Kalau lah aku sahaja tidak ada masallah tetapi mengenangkan anak perempuanku yang tinggal bersama ku , mahu tak mahu kerja didapor
terpaksa ku galas juga.

Tuesday, 11 February 2014
KEBUN ARWAH ISTERIKU.
Aku masih memikirkan panggilan talipon yang ku terima dari En Zakri adik arwah isteriku. Dia mengatakan dia telah mengupah orang untuk membersihkan dan membaja kebun arwah isteriku. Upah bagi kerja tersebut berjumlah RM 1200.00, Dia mengatakan aku perlu membayar separuh, dan separuh lagi dia membayarnya. Aku menyatakan pesetujuanku hingga terlupa bertanyakan kenapa aku hanya membayar separuh. Kalau kebun itu telah diberikan kepada anakku tidak kah wajar aku membayar sepenuhnya.
Lima tahun berlalunya pemergian arwah isteriku. Aku tak pernah dipelawa menengok mahupun merasa buah buahan yang terdapat dikebun itu. Kalau diriku dilakukan begitu aku fahamlah siapa aku sebenarnya kepada mereka. Tetapi bagaimana pula anakku, bukan kah itu kebun arwah ibunya -darah daging mereka juga.

Tuesday, 7 January 2014
Kesihatan Diri ku.
"Ayah dah pergi klinik belum ." Tanya anakku pulang nya dia dari sekolah tengah hari kelmarin.
"Belum. " jawabku ringkas.
"Kenapa ayah tak pergi lagi." keluhnya dengan nada bimbang. Aku saja tidak menjawab. Aku lihat ada rasa bimbang diwajah anaku itu.
Memang pun dia merasa bimbang. Kembalinya dia dari sekolah pada selasa lalu dilihatnya aku berkeadaan luar biasa, Badanku berbungkus tracksuit tidak seperti biasanya berlengging.
"Ayah demam ke ." Tanyanya.
"Tidak ayah tak demam ." kataku. Aku mencritakan apa yang berlaku pada diri ku pada hari itu.
Aku masih didalam tahayyat akhir semasa solat zohor, aku rasakan keliling ku berputar. Badan ku rasakan lemah. Aku menyelsaikan solatku. Selepas memberi salam, aku perhatikan dinding seakan bergerak, begitu juga peralatan dirumah. Ku lemparkan pandanganku kearah ceiling. Aduhai berputar agak laju. Aku mengosok gosok sambil menumbuk anggota badanku bagi mengerakkan perjalanan darah. Badanku terasa lemah dan berpeluh dingin dan aku mungkin akan rebah kalau aku tidak menginsutkan diriku kedinding dan bersandar disitu. Ku lihat putaran ceiling masih laju. Aku mengosok - gosok kedua kaki ku yang sejuk sambil menumbuk2. Ku lihat putaran sudah mula perlahan, tapi masih belum berhenti. Aku teringatkan pesanan kawan2 melalui Whatsapp yang dikongsikan kepada kami mengenai situasi begini. Terima kasihku yang tak terhingga kepada kawan yang kongsikan kepada kami semua. Ianya ternyata sangat membantu.

Subscribe to:
Comments (Atom)