Friday, 8 November 2013

Perjalanan ke Pejabat saham Permodalan Felda.

Aku memilih untuk Kepejabat Felda Hari Jumaat 8/11/2013.  Rancangan ku untuk kesana bagi tujuan menghantar surat Pembahagian Saham Permodalan Felda arwah isteriku telah tertangguh beberapa kali kerana hendak menyesuaikan dengan rancangan anakku . dengan program sekolahnya. Setelah banyak betolak ansur dengan nya , aku terpaksa mengunakan kuasaku memaksanya pergi pada malam jumaat. Aku tiada pilihan hari lain lagi memandangkan surat arahan  kepada Syarikat Permodalan sudah hampir seminggu berada ditanganku .  Kami bertolak jam 11.30 malam menaiki keretapi dari Johore Baru

Aku telah  30 tahun tidak menaiki keretaapi. Terasakan aku baru mula menaikinya kerana suasana didalam stesyen jauh berbeza dari dahulu. Terasakan bagai berada didalam lapangan terbang pula. Semasa hendak menunggu ketibaan keretapi terasa bagai menanti ketibaan kapalterbang yang dinanti. Begitu juga semasa hendak menaiki bila ia sampai penumpang diumumkan mmemasuki gate dan ke pltform dimana keretapi menunggu untuk meneruskan perjalanan.

Cuma beberapa tambah pembaikan perlu dilakukan. Paip air ditandas perlu di perlahankan tekanan derasnya. Aku sendiri semasa hendak berwuduk untuk menjalankan solat secara kecemasan. hampir basah sebelah seluarku. Aku hentikan sahaja separuh jalan lagi pun sembahyang yang akan aku lakukan adalah secara cemas dan akan melakukan kembali setelah berada ditempat yang sesuai.

Sepatutnya juga ketibaan disetiap stesyen diumumkan melalui intercom supaya penumpang2 tahu di stesyen mana kini mereka berada . sedangkan hendak melihat di luar tidak dapat dipastikan kerana gelap. Tidak ada jeritan dari petugas didalam keretapi yang mengumumkan ketibaan distesyen yang yang keretapi akan berhenti. Yang paling dirindui jeritan peraih kueh dan minuman disetiap stesyen dimana keretapai akan berhenti diwaktu pagi-sehingga ada yang menaikinya meraih kepada penumpang yang ada terjaga walau mata masih kelat lagi dari tidurnya. Paling aku nantikan penjual kacang putih  dengan beberbagai jenis kacang dibwanya. Sepekara lagi pehak pengurusan harus peka dengan arahan kerajaan memberikan tikit separuh harga kepada warga emas. Aku terlepas peluang yang diberikan. kalau lah sipenjual tikit itu perihatin dan mendapati aku warga emas sekurang2nya bertanya " Pak Cik warga emas ke". aku sudah pasti mengaku bagi mendapatkan kemudahan itu.


No comments:

Post a Comment