Kuantan banyak meninggalkan kenangan. Ada yang manis menyeronokkan ada yang perit tapi menyeronokan..Ada juga yang menyakitkan. Paling menyakitkan sehingga kini aku masih menaruh dendam adalah hari pertama aku menantikan kedatangan Pengurus Depoh kami yang baru mengantikan En.Faizul Kamaruddin yang akan bertukar ke Butterworth. Pada hari itu juga aku berada didalam keadaan yang sibuk. Dalam menantikan ketibaan Pengurus Depoh kami yang baru aku dihujani dengan panggilan talipon dari kalangan pemandu yang yang tak sabar menunggu muatan nya diterima turun dikilang. Dari Pengurus kilang FOP meminta aku menyelesaikan kerenah pemandu yang berkerumun diluar kilang. Yang paling merisaukan adalah panggilan talipon dari pegawai Markas TLDM yang berpengkalan diTanjung Gelang. yang meminta Perbadanan Angkut Felda mengalihkan kesemua lori2 yang berderet dijalan laluan utama mereka.. Memang pada hari itu Kilang FOP ada masallah storage, dan tidak dapat menerima kesemua lori yang ada diluar kilang . Jumlah yang membawa minyak hampir seratus lori. Lori lori yang menunggu beratur sehingga kejalan keluar -Jalan utama Pehak TLDM yang berpengkalan di Tanjung Gelang tidak jauh dari Kilang FOP.
Selesai sahaja masallah tersebut aku pulang ke pejabat. sampai sahaja aku dipejabat belum sempat aku duduk dikerusiku.tiba masuk seorang yang aku tak kenal menerpa ke meja ku.
" Engkau penyelia ke ?.". Jerit nya kearahku.
" Ya.. Apa hal ?". tanya ku kehairanan.
" Apa hal ..? katanya dengan nada marah sambil mengengam penumbuk nya bagai hendak melepaskannya kepada ku. Aku mengambil sikap berhati2 . Hari ini adalah hari aku akan menerima
kehadiran Pengurus baru bagi Depo kami. Aku belum lagi mengenali nya cuma aku dimaklumkan namanya Putera Mahmud. Aku tak mahu Hari pertamanya melapurkan diri di Depo ini di cemari dengan insident yang tak elok. Walaupun aku rasa nak menampar orang yang meluru tadi berada didepan ku .
Faham lah aku mengapa dia bersikap demekian. rupa nya Aziz Hassan kerani yang mengaturkan operasi Kargo telah membekalkan lori yang tidak disenanginya untuk mengangkut barangan rumahnya. Aku meminta Aziz Hassan mencarikan lori lain yang lebeh bersih dari yang diberikan. Aku menalipon En. Rajendran Pengurus KCP Semambu supaya memberi kebenaran kepada sebuah lori yang dianggap Aziz Hassan bersih sedikit dari yang lori tadi di turunkan muatannya dahulu. En. Rajendran meminta aku datang ketempatnya bagi mengelakan masallah yang akan timbul dikalangan pemandu yang sedang menunggu giliran. Pemergian aku kekilang KCP semambu diikuti olih orang ini. Di semambu dia menunjukkan kemarahan nya pula kepada Pengurus itu. Sampaikan pengurus itu bertanyakan kepadaku " siapa ini orang gila ".
Balik semula aku dipejabat setelah mendapat lori yang dicari. Si gila itu masih menunjukkan kemarahan nya pada aku. " Lori macam jamban kau beri aku eee.." katanya sambil tangannya diacu kemuka. aku. Aku tidak mengelak pun muka aku cuma berdoa jejak lah tangan kau kemuka aku . Kalau aku membalas balik dan berlaku perkara tidak baik sekurangnya aku ada alasn mengapa ianya berlaku. " Kau aku santau nanti baru tahu.. kau nak aku talipon ED kau di KL." dia mengertak aku. Dilihat aku tidak menunjuk apa2 respon hanya bertenang dia mengacukan penumbuk kearahku. dan melepaskan nya kemejaku. Aku hanya memerhatikan gelagatnya .sambil2 berharap jejaklah sedikit tangan mu kebadanku kau tahu lah nanti apa yang akan ku lakukan ..
Si gila itu meninggalkan pejabatku selepas puas memuntahkan kemarahannya pada ku.
Aku meneliti surat salinan Pertukaran. Dia seorang pegawai yang akan bertukar ke Kuala lipis Pahang. Namanya Dzuaini.
Kalau nak diukur kemarahan ku pada nya pada nya pada hari itu . Bukan setakat penumbuk aku yang singgah kemukanya. Tetapi mungkin kerusi juga turut menjamah badannya.
Aku rasa dia bernasib baik tidak menerjah aku semasa dibawah pengurus ku yang lama. Kalau tidak mungkin dia akan mengingati siapa aku sepanjang hidupnya.
Wednesday, 13 November 2013
Monday, 11 November 2013
Waris-Ada apa pada nama.
Terima panggilan talipon dari Pn. Izan. Dia mengatakan bahagian aku ada dimasukan didalam bahagian Waris . Aku tak bertanyakan kenapa bahagian aku dimasukan kedalamnya. Aku samasekali tidak mahu bahagian ku tetapi mahukannya diserahkan kepada anakku. Aku tak faham mengapa aku tidak disbebut sahaja sebagai suami simati. Apa perlunya aku diberikan tahap waris sedangkan aku tidak ada apa apa pertalian lagi dengan keluarga disana. Cukup lah sudah aku tidak aianggap suami kepada arwah isteriku. Mereka mengadakan tahlil 100 hari kematianya tanpa memberitahu aku. Pun begitu birasku yang bekerja di Johor Baru. tidak memberitahu ku. Itu pun kebetulan dia datang ke majlis perkahwinan anak saudara ku. sesampainya hanya duduk sekejap dan hendak balik pula. Aku bertanya kenapa tergesa gesa. Besok ada kenduri dikampong katanya. Aku bertanya kenduri apa. kenduri 100 hari perginya arwah. Tidak ada pelawaan kepada aku (sebagai suami arwah). Aku yang dah tua ini amat terasa bagaikan telah dirancang supaya tidak memberitahu aku. Tetapi Allah lebeh mengetahui. Aku kalau tak diajak pun kalau diberitahu lebeh awal akan menghadirinya dan akan meninggalkan majlis itu selepas bacaan doa kepada arwah. Aku menerima itu sebagai peristiharan dari pehak keluarga arwah bahawa aku bukanlah lagi sebahagian dari keluarga mereka. Faham lah aku Pada mereka arwah itu bagaikan tali pengikat , tiada arwah tiada lagi tali yang menyambung aku dengan keluarganya. Bagaimanapun aku masih menanggap mereka sebagai saudaraku - saudara sa Islam.
Friday, 8 November 2013
Perjalanan ke Pejabat saham Permodalan Felda.
Aku memilih untuk Kepejabat Felda Hari Jumaat 8/11/2013. Rancangan ku untuk kesana bagi tujuan menghantar surat Pembahagian Saham Permodalan Felda arwah isteriku telah tertangguh beberapa kali kerana hendak menyesuaikan dengan rancangan anakku . dengan program sekolahnya. Setelah banyak betolak ansur dengan nya , aku terpaksa mengunakan kuasaku memaksanya pergi pada malam jumaat. Aku tiada pilihan hari lain lagi memandangkan surat arahan kepada Syarikat Permodalan sudah hampir seminggu berada ditanganku . Kami bertolak jam 11.30 malam menaiki keretapi dari Johore Baru
Aku telah 30 tahun tidak menaiki keretaapi. Terasakan aku baru mula menaikinya kerana suasana didalam stesyen jauh berbeza dari dahulu. Terasakan bagai berada didalam lapangan terbang pula. Semasa hendak menunggu ketibaan keretapi terasa bagai menanti ketibaan kapalterbang yang dinanti. Begitu juga semasa hendak menaiki bila ia sampai penumpang diumumkan mmemasuki gate dan ke pltform dimana keretapi menunggu untuk meneruskan perjalanan.Cuma beberapa tambah pembaikan perlu dilakukan. Paip air ditandas perlu di perlahankan tekanan derasnya. Aku sendiri semasa hendak berwuduk untuk menjalankan solat secara kecemasan. hampir basah sebelah seluarku. Aku hentikan sahaja separuh jalan lagi pun sembahyang yang akan aku lakukan adalah secara cemas dan akan melakukan kembali setelah berada ditempat yang sesuai.
Sepatutnya juga ketibaan disetiap stesyen diumumkan melalui intercom supaya penumpang2 tahu di stesyen mana kini mereka berada . sedangkan hendak melihat di luar tidak dapat dipastikan kerana gelap. Tidak ada jeritan dari petugas didalam keretapi yang mengumumkan ketibaan distesyen yang yang keretapi akan berhenti. Yang paling dirindui jeritan peraih kueh dan minuman disetiap stesyen dimana keretapai akan berhenti diwaktu pagi-sehingga ada yang menaikinya meraih kepada penumpang yang ada terjaga walau mata masih kelat lagi dari tidurnya. Paling aku nantikan penjual kacang putih dengan beberbagai jenis kacang dibwanya. Sepekara lagi pehak pengurusan harus peka dengan arahan kerajaan memberikan tikit separuh harga kepada warga emas. Aku terlepas peluang yang diberikan. kalau lah sipenjual tikit itu perihatin dan mendapati aku warga emas sekurang2nya bertanya " Pak Cik warga emas ke". aku sudah pasti mengaku bagi mendapatkan kemudahan itu.
Tuesday, 5 November 2013
Saham Permodalan Felda milik arwah.
Aku menerima surat dari pehak Guaman yang menjalankan pembahagian Harta arwah isteriku. Surat itu dikirim olih Puan Izan biras ku juga seorang peguam di Jerantut. Dalam surat tersebut dinyatakan juga pembahagian tanah kebun arwah. Dalam pembahagian tanah anakku mendapat 1/2 bahagian bagi tiap2 satu kawasan yang ada 2. Pembahagian ini dilakukan di pejabat tanah olih pentadbir tanah. Bagi harta yang bolih dialih wang yang ada dalam buku2 bank termasuk saham Permodalan Felda anakku hanya mendapat 6/13 bahagian sementara waris sebelah arwah mendapat 7/13 bahagian. Tidak ada surat atau kertas kerja dari pejabat agama menunjukan perkiraan menurut faraid. Tiada ada butir2 bahagian untukku . Walaupun aku menyerahkan kesemuanya kepada anakku sepatutnya butiran bahagian aku ada ditunjukkan juga untuk rujukan. Aku tidak akan menghalalkan walau sesen pun sekiranya anakku tidak mendapat haknya yang sah. Aku mengatakn begitu kerana wang yang terkumpul dalam saham permodalan Felda sebahagian nya adalah wang aku yang aku berikan kepada arwah atas permintaannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)