Monday, 30 June 2014

Durian ....

Terlihat ada dua miss call untuk ku sepulang aku dari mesjid setelah selesai tarawih malam ini.
Aku memanggil kembali no itu. Rupanya  pamggilan dari abang arwah isteriku. Dia mempelawa aku datang melihat kebun arwah isteriku . katanya buah durian sudah mula gugur.  Ini lah pertama kali aku dipelawa kekebun arwah sejak kembalinya dia kerahmatullah 6 tahun yang lalu. 

Aku kepingin benar dipelawa kekebun arwah setelah pemergiannya. Bukanlah hasil kebunnya yang menjadi keutammanku, tetapi keinginin arawah yang hendak menanam tanamannya yang dihasilkan dikawasan rumah kami di Felda Serting 4 apabila dia bersara kelak. Walaupun niatnya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia sebelum bersara, aku berusaha ingin menjadikan impiannya satu kenyataan. Aku telah mengangkut semua tanaman yang menjadi kesayangannya seperti   Pokok pisang Nangka, Pisang mas Pisang tanduk yang baru dibelinya di Pesta pertanian di Seremban. Pokok sayuran bunga kantan ,lengkuas ,limau nipis limau kasturi dan limau purut. Bunga bunga kegemarannya bunga kertas yang tiga warna. bunga melor .
pokok pokok ini kupindah kedalam poly bag  bunga2 pula ku ankut dengan pasunya kesemua ini diangkut dengan lori Felda  untuk berpindah ke Johore Baru setelah aku menyerahkan kunci rumah yang kami duduki kepada En. Rahman , Pengurus Felda Serting 4 ketika itu.

Tahun demi tahun berlalu aku menantikan pelawaan dari kaum keluarga arwah setiap musim durian . Kalau ada pelawaan  bukanlah aku kepinginkan memakan hasil dikebun itu, tetapi sekadar ingin menanam tananam kesayangan arwah dikebunnya sepertimana yang diinginikannya,
Sedih melihatkan tananaman yang ku letakkan dikawasan terhad dalam taman Perumahan yang aku diami  kebanyakannya mati. Hanya pokok pisang nangka sahaja yang tinggal itu pun setelah ku pindahkan di luar kawasan rumah.

Syukur kehadrat Allah (swt) aku menerima pelawaan ini - Dapat lah aku menyempurnakan keingininan arwah isteriku walaupun tidak kesemuanya.   

Sunday, 23 February 2014

KENANGAN.

Aku banyak mengimbas kenangan semasa aku bersekolah diJohore Baru ditahun 60an dalam  Facebook ku.  Sdr. Mat Sahar salah seorang sahabat dan juga pegawai ku di zaman kerja semasa bekerja di Pasir Gudang meminta aku mengimbas kisah kisah semasa kami  tinggal Serumah di Pasir Gudang ketika sama  bujang . Memang banyak kenangan 2 manis semasa bertugas di sana. Ingin juga aku mengimbas  kenangan manis  semasa menjalani hidup bujang dan bekerja ditempat yang  sama . Sayang nya aku masih mencari gambar photo semasa diPasir Gudang  dulu. Sekiranya terjumpa lancar lah aku menyusuri jalan2 kenangan diwaktu itu.
Bagaimana pun aku akan mengusahakannya nanti.

Friday, 14 February 2014

MENCARI PENGANTI.

Aku diajukan pertanyaan Tak hendak cari penganti .  Kepada yang bertanya itu  ku katakan aku masih belum mahu melupakan yang telah pergi manakan bolih aku memikirkan untuk mencari penganti.   Walaupun dia tiada namum dia masih hidup  dalam mataku.

 Keluar sahaja aku dari hospital banyak kawan kawan yang menziarahi aku bertanyakan soalan ini. Ada yang mengesyorkan orang orang yang mereka kenal  untuk ku ambil  menjadikan isteri. Kesemuanya ku tepis dengan alasan ku.

Memang terasa sukar menjalani hidup tanpa kehadiran isteri ditambah pula
terpaksa menjalani routin harian nya . Kalau lah aku sahaja tidak ada masallah tetapi  mengenangkan anak perempuanku yang tinggal bersama ku , mahu tak mahu kerja didapor
terpaksa ku galas juga. 

Tuesday, 11 February 2014

KEBUN ARWAH ISTERIKU.

Aku masih memikirkan panggilan talipon yang ku terima dari En Zakri adik arwah isteriku. Dia mengatakan dia telah mengupah orang untuk membersihkan  dan membaja kebun arwah isteriku. Upah bagi kerja tersebut berjumlah RM 1200.00, Dia mengatakan aku perlu membayar separuh, dan separuh lagi dia membayarnya. Aku menyatakan pesetujuanku hingga terlupa bertanyakan kenapa aku hanya membayar separuh. Kalau kebun itu telah diberikan kepada anakku tidak kah wajar aku membayar sepenuhnya.

Lima tahun berlalunya pemergian arwah isteriku. Aku tak pernah dipelawa menengok mahupun merasa buah buahan yang terdapat dikebun itu. Kalau diriku dilakukan begitu aku fahamlah siapa aku sebenarnya kepada mereka. Tetapi bagaimana pula anakku, bukan kah itu kebun arwah ibunya -darah daging mereka juga.

Tuesday, 7 January 2014

Kesihatan Diri ku.

"Ayah dah pergi klinik belum ."  Tanya anakku pulang nya dia dari sekolah tengah hari kelmarin.
"Belum. "  jawabku ringkas.
"Kenapa ayah tak pergi lagi." keluhnya dengan nada bimbang. Aku saja tidak menjawab. Aku lihat ada rasa bimbang diwajah anaku itu.
Memang pun dia merasa bimbang. Kembalinya dia dari sekolah pada selasa lalu dilihatnya aku berkeadaan luar biasa, Badanku berbungkus tracksuit tidak seperti biasanya berlengging.
"Ayah demam ke ." Tanyanya.
"Tidak ayah tak demam ." kataku. Aku mencritakan apa yang berlaku  pada diri ku pada hari itu.

Aku masih didalam tahayyat akhir semasa solat zohor, aku rasakan keliling ku berputar. Badan ku rasakan lemah. Aku menyelsaikan solatku. Selepas memberi salam, aku perhatikan dinding seakan bergerak, begitu juga peralatan dirumah. Ku lemparkan pandanganku kearah ceiling. Aduhai berputar agak laju. Aku mengosok gosok sambil menumbuk anggota badanku bagi mengerakkan perjalanan darah. Badanku terasa lemah dan berpeluh dingin  dan aku mungkin akan rebah kalau aku tidak menginsutkan diriku kedinding dan bersandar disitu. Ku lihat putaran ceiling masih laju. Aku mengosok - gosok kedua kaki ku yang sejuk sambil menumbuk2. Ku lihat putaran sudah mula perlahan, tapi masih belum berhenti. Aku teringatkan pesanan kawan2 melalui Whatsapp yang dikongsikan kepada kami mengenai situasi begini. Terima kasihku yang tak terhingga kepada kawan yang kongsikan kepada kami semua. Ianya ternyata sangat  membantu. 

Wednesday, 13 November 2013

KUANTAN - Kenangan Merindu.

 Kuantan banyak meninggalkan kenangan. Ada yang manis menyeronokkan ada yang perit tapi menyeronokan..Ada juga yang menyakitkan. Paling menyakitkan sehingga kini aku masih menaruh dendam adalah hari pertama aku menantikan kedatangan Pengurus Depoh kami yang baru mengantikan En.Faizul Kamaruddin yang akan bertukar ke Butterworth. Pada hari itu juga aku berada didalam keadaan yang sibuk. Dalam menantikan ketibaan Pengurus Depoh kami yang baru aku dihujani dengan panggilan  talipon dari kalangan pemandu yang yang tak sabar menunggu muatan nya diterima turun dikilang. Dari Pengurus kilang FOP meminta aku menyelesaikan kerenah pemandu yang berkerumun diluar kilang. Yang paling merisaukan adalah panggilan talipon dari pegawai Markas TLDM yang berpengkalan diTanjung Gelang. yang meminta Perbadanan Angkut Felda mengalihkan kesemua lori2 yang berderet dijalan laluan utama mereka.. Memang pada hari itu Kilang FOP ada masallah storage, dan tidak dapat menerima kesemua lori yang ada diluar kilang . Jumlah yang membawa minyak hampir seratus lori. Lori lori yang menunggu beratur sehingga kejalan keluar -Jalan utama Pehak TLDM yang berpengkalan di Tanjung Gelang tidak jauh dari Kilang FOP.






Selesai sahaja masallah tersebut aku pulang ke pejabat. sampai sahaja aku dipejabat belum sempat aku duduk dikerusiku.tiba masuk seorang yang aku tak kenal menerpa ke meja ku.
" Engkau penyelia ke ?.". Jerit nya kearahku.
" Ya.. Apa hal ?".  tanya ku kehairanan.
" Apa hal ..?  katanya dengan nada marah sambil mengengam penumbuk nya bagai hendak melepaskannya kepada ku. Aku mengambil sikap berhati2 . Hari ini adalah hari aku akan menerima
kehadiran Pengurus baru bagi Depo kami. Aku belum lagi mengenali nya cuma aku dimaklumkan namanya  Putera Mahmud. Aku tak mahu Hari pertamanya melapurkan diri di Depo ini di cemari dengan insident yang tak elok. Walaupun aku rasa nak menampar orang yang meluru tadi berada didepan ku .
Faham lah aku mengapa dia bersikap demekian. rupa nya Aziz Hassan kerani yang mengaturkan operasi Kargo telah membekalkan  lori yang tidak disenanginya untuk mengangkut barangan rumahnya. Aku meminta Aziz Hassan mencarikan lori lain yang lebeh bersih dari yang diberikan. Aku menalipon En. Rajendran Pengurus KCP Semambu supaya memberi kebenaran kepada sebuah lori yang dianggap Aziz Hassan bersih sedikit dari yang lori tadi di turunkan muatannya dahulu. En. Rajendran meminta aku datang ketempatnya bagi mengelakan  masallah yang akan timbul dikalangan pemandu yang sedang menunggu giliran. Pemergian aku kekilang KCP semambu diikuti olih orang ini. Di semambu dia menunjukkan kemarahan nya pula kepada Pengurus itu. Sampaikan pengurus itu bertanyakan kepadaku " siapa ini orang gila ".
Balik semula aku dipejabat setelah mendapat lori yang dicari. Si gila itu masih menunjukkan kemarahan nya pada aku. " Lori macam jamban kau beri aku eee.."  katanya sambil tangannya diacu kemuka. aku.  Aku tidak mengelak pun  muka aku cuma berdoa jejak lah tangan kau kemuka aku . Kalau aku membalas balik  dan berlaku perkara tidak baik sekurangnya aku ada alasn mengapa ianya berlaku. " Kau aku santau nanti baru tahu..  kau nak aku talipon ED kau di KL."  dia mengertak aku. Dilihat aku tidak menunjuk apa2 respon hanya bertenang dia mengacukan penumbuk kearahku. dan melepaskan nya kemejaku. Aku hanya memerhatikan gelagatnya .sambil2 berharap jejaklah sedikit tangan mu kebadanku kau tahu lah nanti apa yang akan ku lakukan ..
Si gila itu meninggalkan pejabatku selepas puas memuntahkan kemarahannya pada ku.
Aku meneliti surat salinan Pertukaran. Dia seorang pegawai yang akan bertukar ke Kuala lipis Pahang. Namanya Dzuaini. 
Kalau nak diukur kemarahan ku pada nya pada nya pada hari itu . Bukan setakat penumbuk aku yang singgah kemukanya. Tetapi mungkin kerusi juga turut menjamah badannya.
Aku rasa dia bernasib baik tidak menerjah aku semasa dibawah pengurus ku yang lama.  Kalau tidak  mungkin dia akan mengingati siapa aku sepanjang hidupnya.

Monday, 11 November 2013

Waris-Ada apa pada nama.

Terima panggilan talipon dari Pn. Izan. Dia mengatakan bahagian aku ada dimasukan didalam bahagian Waris . Aku tak bertanyakan kenapa bahagian aku dimasukan kedalamnya. Aku samasekali  tidak mahu bahagian ku tetapi mahukannya diserahkan kepada anakku. Aku tak faham mengapa aku tidak disbebut sahaja sebagai suami simati. Apa perlunya aku diberikan tahap waris sedangkan aku tidak ada apa apa pertalian lagi dengan keluarga disana. Cukup lah sudah aku tidak aianggap suami kepada arwah isteriku. Mereka mengadakan tahlil 100 hari kematianya tanpa memberitahu aku. Pun begitu birasku yang bekerja di Johor Baru. tidak memberitahu ku. Itu pun kebetulan dia datang ke majlis perkahwinan anak saudara ku. sesampainya hanya duduk sekejap dan hendak balik pula. Aku bertanya kenapa tergesa gesa. Besok ada kenduri dikampong katanya. Aku bertanya kenduri apa. kenduri 100 hari perginya arwah. Tidak ada pelawaan kepada aku (sebagai suami arwah). Aku yang dah tua ini amat terasa bagaikan telah dirancang supaya tidak memberitahu aku. Tetapi Allah lebeh mengetahui. Aku kalau tak diajak pun kalau diberitahu lebeh awal akan menghadirinya dan akan meninggalkan majlis itu selepas  bacaan doa kepada arwah. Aku menerima itu sebagai peristiharan dari pehak keluarga arwah bahawa aku bukanlah lagi sebahagian dari keluarga mereka. Faham lah aku Pada mereka arwah itu bagaikan tali pengikat , tiada arwah tiada lagi tali yang menyambung aku dengan keluarganya. Bagaimanapun aku masih menanggap mereka sebagai saudaraku - saudara sa Islam.