Sunday, 23 February 2014

KENANGAN.

Aku banyak mengimbas kenangan semasa aku bersekolah diJohore Baru ditahun 60an dalam  Facebook ku.  Sdr. Mat Sahar salah seorang sahabat dan juga pegawai ku di zaman kerja semasa bekerja di Pasir Gudang meminta aku mengimbas kisah kisah semasa kami  tinggal Serumah di Pasir Gudang ketika sama  bujang . Memang banyak kenangan 2 manis semasa bertugas di sana. Ingin juga aku mengimbas  kenangan manis  semasa menjalani hidup bujang dan bekerja ditempat yang  sama . Sayang nya aku masih mencari gambar photo semasa diPasir Gudang  dulu. Sekiranya terjumpa lancar lah aku menyusuri jalan2 kenangan diwaktu itu.
Bagaimana pun aku akan mengusahakannya nanti.

Friday, 14 February 2014

MENCARI PENGANTI.

Aku diajukan pertanyaan Tak hendak cari penganti .  Kepada yang bertanya itu  ku katakan aku masih belum mahu melupakan yang telah pergi manakan bolih aku memikirkan untuk mencari penganti.   Walaupun dia tiada namum dia masih hidup  dalam mataku.

 Keluar sahaja aku dari hospital banyak kawan kawan yang menziarahi aku bertanyakan soalan ini. Ada yang mengesyorkan orang orang yang mereka kenal  untuk ku ambil  menjadikan isteri. Kesemuanya ku tepis dengan alasan ku.

Memang terasa sukar menjalani hidup tanpa kehadiran isteri ditambah pula
terpaksa menjalani routin harian nya . Kalau lah aku sahaja tidak ada masallah tetapi  mengenangkan anak perempuanku yang tinggal bersama ku , mahu tak mahu kerja didapor
terpaksa ku galas juga. 

Tuesday, 11 February 2014

KEBUN ARWAH ISTERIKU.

Aku masih memikirkan panggilan talipon yang ku terima dari En Zakri adik arwah isteriku. Dia mengatakan dia telah mengupah orang untuk membersihkan  dan membaja kebun arwah isteriku. Upah bagi kerja tersebut berjumlah RM 1200.00, Dia mengatakan aku perlu membayar separuh, dan separuh lagi dia membayarnya. Aku menyatakan pesetujuanku hingga terlupa bertanyakan kenapa aku hanya membayar separuh. Kalau kebun itu telah diberikan kepada anakku tidak kah wajar aku membayar sepenuhnya.

Lima tahun berlalunya pemergian arwah isteriku. Aku tak pernah dipelawa menengok mahupun merasa buah buahan yang terdapat dikebun itu. Kalau diriku dilakukan begitu aku fahamlah siapa aku sebenarnya kepada mereka. Tetapi bagaimana pula anakku, bukan kah itu kebun arwah ibunya -darah daging mereka juga.