Musim banjir ini bermula pada cuti sekolah. Aku bercadang untuk membawa anak ke Jerantut menziarah makam arwah ibunya .Setelah memilirkan kesulitan yang mungkin ditempoh sekiranya berjalan dimusim ini aku mengubah niatku.
Pernah juga aku mengalami keadaan ini . Semasa aku bertugas di chuping Perlis. Semasa itu aku hendak pulang ke rumah tempat kami tinggal di Felda Laka Selatan. Hujan memang lebat semasa aku meninggalkan Pejabatkun di Chuping Perlis . Sesampai aku di Pekan Pauh barulah hujan mula reda. Pekan Pauh hendak ke Lakan Selatan tidak lah jauh lagi. Setibanya aku di satu kawasan aku lihat air sudah melimpah ke jalan .Aku perhatikan ada sekilometer lebeh jarak air yang harus aku tempoh. Ku amati sekelilingku dan mendapati air baru sahaja melimpah kejalan kerana aku lihat tebing yang memisahkan ladang getah dan jalan masih kelihatan walaupun telah digenangi air.
setelah memikirkan ianya selamat untuk ku lalui aku terus menukar ke gear satu dan memulakan perjalanan ku merempuh air yang sekaki lebeh dalam nya hingga ke tempat selamat.
Aku amat bersyukur olih kerana kereta ku tidak menunjukkan apa apa masallah semasa mengharungi air sedalam itu.