Friday, 22 July 2011
KEINGINAN ARWAH ISTERIKU APABILA BERSARA.
Arwah isteriku mempunyai rancangan apabila bersara setelah genap umurnya 55 tahun. Pada 17hb Julai yang lalu genaplah usianya 55 tahun sekiranya dia masih hidup. Dia amat gembira sekiranya kami pulang ke Jerantut dan mengusahakan kebunya disana.Walaupun aku mempunyai minat yang sama iaitu bertani dan berkebun, tetapi aku tidak menunjukkan minat untuk tinggal di Jerantut. Aku lebih suka tinggal di Serting , dan cuma pulang ke Jerantut apabila perlu membersihkan dan mengushan kebun. Dia pernah membayangkan apa akan dilakukannya setelah bersara kelak. Di merancang untuk mendirikan rumah ditapak rumah ditanah kebunya. Dia mengesyorkan aku mendapatkan tapak kedai untuk menjalankan perniagan kain baju aku. Memang dia bersungguh-sunggoh untuk mengapai impian diaitu, Aku percaya sekiranya dia masih hidup besar kemungkinan kami sudah kesitu. Aku masih ingat semasa mengutip durian dikebunya. Arwah mmbawa aku kesebuah bangunan yang telah ditinggalkan dan usang. Dia katakan disitulah akan didirikan rumahnya kelak.Dia juga bertaanyakan pendapat aku. Aku hanya mengiakan,kerana itu adalah hak dia. Kini apabila mengenangkan itu semua. aku merasakan bersalah. Dia pernah memberitahuku dia akan mengambil tanaman kesayangannya yang ditanam di Serting untuk ditanam di kebunya di Jerantut. Aku rasa bersalah tidak dapat menjalankan keinginannya itu. Semasa menyerahkan quarters kediaman arwah semasa dia bertugas di Felda Serting 4(Raja Alias4) aku telah mengambil tanaman kesayangaannya yang ditanam dikawasan lapang rumahnya dengan harapan menanamkannya semulan di kebunnya di Jerantut. Disebabkan tidak pasti akan kedudukan sebenar tanah kebunnya.aku tidak berani untuk menanamnya disana.
Subscribe to:
Comments (Atom)