Bila tiba musim durian Ketika isteri ku masih ada , kami akan pulang ke Jerantut kampong isteriku.
Kami bertolak selepas asar. Kami berhenti menunaikan solat Maghrib di Temerloh atau dimana sahaja mesjid yang kami ketemui pada ketika itu. Biasanya kami tiba di Jerantut lewat malam. kami singgah di kedai makan dekat pasar untuk makan malam. Arwah isteriku lebih suka kalau kita hanya makan dirumah dikampungnya. Aku tidak mengemarinya kerana tidak suka menggangu mak dan adik nya untuk menyediakan makanan kami bertiga tambahan pula sudah lewat malam. Ini lah kami lakukan apa bila sahaja sampai di Jerantut. Pada keesokan paginya kami kekebunnya mencari durian yang gugur untuk dibawa balik
kerumah. Isteri ku mengatakan kebun itu adalah kepunyaan ayahnya kebunnya sendiri berada disebelah jalan. Kami kemudian kekebunnya yang di tanami durian, dokong, langsat dan rambutan. Aku tak tanya akan luas kebunnya. Kami bermalam dikampungnya di Pulau Mansok. Petang esoknya kami kembali ke Serting setelah mengisi bonet keretaku dengan durian untuk kami dan kawan sepejabat isteriku disana.
Kini hampir 2 tahun setengah aku tidak merasai durian kebunya setelah pemergianya . Tidak ada pelawaan untuk datang menikmati durian. Memang semasa isteriku masih hidup pun aku tidak begitu ghairah menikmati durian dikebunya.(disebabkan satu peristiwa) walaupun durian adalah kegemaranku.