Friday, 22 July 2011
KEINGINAN ARWAH ISTERIKU APABILA BERSARA.
Arwah isteriku mempunyai rancangan apabila bersara setelah genap umurnya 55 tahun. Pada 17hb Julai yang lalu genaplah usianya 55 tahun sekiranya dia masih hidup. Dia amat gembira sekiranya kami pulang ke Jerantut dan mengusahakan kebunya disana.Walaupun aku mempunyai minat yang sama iaitu bertani dan berkebun, tetapi aku tidak menunjukkan minat untuk tinggal di Jerantut. Aku lebih suka tinggal di Serting , dan cuma pulang ke Jerantut apabila perlu membersihkan dan mengushan kebun. Dia pernah membayangkan apa akan dilakukannya setelah bersara kelak. Di merancang untuk mendirikan rumah ditapak rumah ditanah kebunya. Dia mengesyorkan aku mendapatkan tapak kedai untuk menjalankan perniagan kain baju aku. Memang dia bersungguh-sunggoh untuk mengapai impian diaitu, Aku percaya sekiranya dia masih hidup besar kemungkinan kami sudah kesitu. Aku masih ingat semasa mengutip durian dikebunya. Arwah mmbawa aku kesebuah bangunan yang telah ditinggalkan dan usang. Dia katakan disitulah akan didirikan rumahnya kelak.Dia juga bertaanyakan pendapat aku. Aku hanya mengiakan,kerana itu adalah hak dia. Kini apabila mengenangkan itu semua. aku merasakan bersalah. Dia pernah memberitahuku dia akan mengambil tanaman kesayangannya yang ditanam di Serting untuk ditanam di kebunya di Jerantut. Aku rasa bersalah tidak dapat menjalankan keinginannya itu. Semasa menyerahkan quarters kediaman arwah semasa dia bertugas di Felda Serting 4(Raja Alias4) aku telah mengambil tanaman kesayangaannya yang ditanam dikawasan lapang rumahnya dengan harapan menanamkannya semulan di kebunnya di Jerantut. Disebabkan tidak pasti akan kedudukan sebenar tanah kebunnya.aku tidak berani untuk menanamnya disana.
Friday, 6 May 2011
Musim Durian.
Bila tiba musim durian Ketika isteri ku masih ada , kami akan pulang ke Jerantut kampong isteriku.
Kami bertolak selepas asar. Kami berhenti menunaikan solat Maghrib di Temerloh atau dimana sahaja mesjid yang kami ketemui pada ketika itu. Biasanya kami tiba di Jerantut lewat malam. kami singgah di kedai makan dekat pasar untuk makan malam. Arwah isteriku lebih suka kalau kita hanya makan dirumah dikampungnya. Aku tidak mengemarinya kerana tidak suka menggangu mak dan adik nya untuk menyediakan makanan kami bertiga tambahan pula sudah lewat malam. Ini lah kami lakukan apa bila sahaja sampai di Jerantut. Pada keesokan paginya kami kekebunnya mencari durian yang gugur untuk dibawa balik
kerumah. Isteri ku mengatakan kebun itu adalah kepunyaan ayahnya kebunnya sendiri berada disebelah jalan. Kami kemudian kekebunnya yang di tanami durian, dokong, langsat dan rambutan. Aku tak tanya akan luas kebunnya. Kami bermalam dikampungnya di Pulau Mansok. Petang esoknya kami kembali ke Serting setelah mengisi bonet keretaku dengan durian untuk kami dan kawan sepejabat isteriku disana.
Kini hampir 2 tahun setengah aku tidak merasai durian kebunya setelah pemergianya . Tidak ada pelawaan untuk datang menikmati durian. Memang semasa isteriku masih hidup pun aku tidak begitu ghairah menikmati durian dikebunya.(disebabkan satu peristiwa) walaupun durian adalah kegemaranku.

Sunday, 27 March 2011
TANGAN DAN MATA
Seorang kawan rapat pernah menghantar SMS kepada ku . 'Kawan ibarat tangan dan mata, kalau mata menangis tanganlah yang akan mengesat air mata. Aku menghantar jawapan dengan mengatakan -sayangnya tangan tidak pernah dipersalahkan kalau sesuatu terlepas dari gengamannya. Kalau sabun terlepas dari gengaman tangan . orang menyalatahkan sabun dengan menyumpah "Celaka punya sabun". Lainlah dengan mata kalau orang terhantuk ke tiang atau tersepak tunggul -orang akan berkata "mata kau buta ke." Esoknya aku dapat pangilan dari kawan tersebut-mengatakan satu pejabat gelak dengan komen aku itu....
Sunday, 20 March 2011
Pasir Oh Pasir.
Hari ini aku hendak bercakap mengenai Pasir. Kalau kita menyusuri Jalan Pantai hendak ke Johore Baru, Lihat lah kearah Pantai . Bermula dari Pantai Lido yang terkenal kepada orang orang Johore Baru hinggalah kehospital besar Tun Aminah.Bagaimana besar nya jumlah pasir digunakan bagi menambak selat untuk melebarkan jalan. Kalau dilihat luasnya kawasan dimana pasir digunakan dapatkah dibayangkan betapa luas nya tapak pasir yang telah dikorek bagi kerja kerja penambakan ini. Kalau ia nya asalnya sebuah bukit pastinya bukit sudah tidak ada lagi. kalau ianya kawasan lapang mungkin kini sudah menjadi tasik bikinan manusia. Bila mengenangkan Kehebatan munculnya Marina Bay di Singapura-satu mercu tanda terbaru Singapura yang juga menempatkan pusat perjudian ala Casino,hati aku tertanya-tanya. dimana lah datangnya pasir yang digunakan menambak kawasan air di pulau kecil itu. Dari johor tak mungkin orang johor begitu bodoh menjualkan tanah pasir kepada pemerintah Singapura. Dari negeri lain Wallahhu alam. Semoga di Jauhi Allah Pegawai pegawai pejabat tanah negeri yang sangup melihat bukit dan kawasan tanah yang mereka diamanahkan menjaga pupus sedangkan negara lain bertambah luas kawasannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)